Wednesday, July 28, 2010

Senjata Api Melayu

Dunia mengiktiraf pembuatan senjata apa oleh Malaysia sejak abad ke 13 lagi..

Lebih kurang seabad selepas senjata api dicipta oleh 
orang Arab, orang Melayu mula membuat senjata api. 
Bukti kegiatan ini telah didokumenkan oleh W Linehan 
dalam penulisan beliau bertajuk “Beberapa Pertemuan Di 
Tembeling”. Di tebing Sungai Tembeling di Semenanjung 
Malaysia, dia telah menjumpai beberapa acuan untuk 
membuat meriam pada abad ke 13 dan 14. 

Menurut penakluk Melaka, Alfonso d'Albuquerque, 
pembuatan senjata api orang-orang Melaka adalah 
setanding dengan orang Jerman. Ini bermakna ianya 
lebih baik dari orang Portugis, tetapi senjata yang 
terbaik ketika itu adalah dari kerajaan Uthmaniah 
Turki. Apabila Portugis mengalahkan Melaka, mereka 
menjumpai beribu-ribu meriam termasuk satu meriam yang 
begitu besar yang Alfonso telah menghantar ke 
sekutunya di India iaitu Zamorin dari Calicut. 

Meriam-meriam yang dihasilkan oleh kesultanan Melayu 
terdiri dari pelbagai mutu.

No comments:

Post a Comment